Skip to content

S:132 Imam Solat Isyak, Makmum Solat Maghrib

Posted on:December 18, 2023 at 03:51 PM

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Ketika dalam musafir, saya berhenti di sebuah surau untuk solat Jamak antara Maghrib dan Isyak. Ketika itu sudah waktu Isya dan saya ingin jamak ta’khir. Saya berniat solat Maghrib dan mengikuti imam yang melakukan solat Isya’. Ketika rakaat ketiga, adakah saya perlu berpisah daripada imam, atau saya boleh duduk tasyahud akhir untuk menunggu imam?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Solat berjamaah merupakan sebahagian dari syiar agama Islam. Melazimi dan membesarkan solat berjemaah serta istiqamah dalam melaksanakannya adalah pembuktian yang zahir terhadap ketakwaan yang terdapat di dalam jantung hati seseorang. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia merupakan antara tanda ketakwaan jantung hati.”

(Surah al-Haj: 32)

Meskipun siyaq (konteks) ayat ini merujuk kepada amalan-amalan dalam ibadah haji seperti wukuf di ‘Arafah, melontar jamrah, serta beberapa perbuatan yang lain, namun ibrah adalah berdasarkan kepada keumuman lafaz. Ia seperti yang disebutkan dalam sebuah kaedah yang masyhur:

العِبْرَةُ بِعمُومِ اللفْظِ

Maksudnya: “Ibrah itu merujuk kepada keumuman lafaz.” (Lihat Manahil al-‘Irfan, 1/110).

Oleh itu, Ibn Kathir apabila menafsirkan ayat tersebut beliau berkata: “Iaitu (sesiapa yang membesarkan) perintah-perintah Allah.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/424).

Selain itu, Islam menggalakkan agar kita sentiasa solat berjemaah dan inilah sunnah Rasulullah SAW serta dipahalakan dengan gandaan yang banyak. Sabda Rasulullah SAW:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda.”

Riwayat al-Bukhari (645)

Berkenaan persoalan di atas, dalam fiqh mazhab al-Syafie, diharuskan makmum untuk bersolat jemaah dengan imam dalam solat-solat yang bersesuaian nazmnya, yakni formatnya, sekalipun jika berbeza bilangannya seperti seperti makmum bersolat isyak mengikut imam maghrib, atau sebaliknya. Jika berbeza nazamnya, seperti makmum solat subuh mengikut solat jenazah, maka tidak sah jemaahnya, mengikut pendapat muktamad.

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Raudhah al-Talibin (1/368): “Sekiranya bersepakat dua solat (imam dan makmum) pada perbuatan yang zahir maka diperhatikan:

Justeru, untuk menjawab soalan di atas, wajib bagi makmum yang bersolat maghrib di belakang imam bersolat isyak melakukan salah satu daripada dua perkara berikut:

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 17/11/2021 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1443H

[1] Lebih afdhal dia mengikut imam.

[2] Menurut Imam al-Mahalli, ertinya tidak perlu sujud sahwi kerana imam sudah menanggungnya. (Lihat Syarh al-Mahalli ala al-Minhaj, 1/325).

[3] Menurut al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj (1/504), ertinya harus baginya untuk berniat mufaraqah, jika terdapat keuzuran, kerana meraikan sunnah Rasulullah SAW yang membaca qunut. Jika tiada keuzuran, maka lebih afdhal tinggalkan qunut. Boleh juga lambat sedikit daripada imam untuk membaca qunut tanpa perlu mufaraqah.

[4] ‘Hendaklah” disini bermaksud wajib mufaraqah, kerana jika makmum itu duduk bertasyahud sedangkan dia masih mengikut imam, dia telah menambah satu duduk yang tidak dilakukan oleh Imam. (Lihat Hasyiah al-Jamal, 1/565) oleh Syeikh Sulaiman al-Jamal. Justeru hendaklah dia berniat mufaraqah semasa sujud kedua sebelum duduk tasyahhud akhir jika dia mengkehendaki mufaraqah, dan itu lebih afdhal. Jika dia mengkehendaki memberi salam bersama imam, maka hendaklah dia tunggu dalam keadaan sujud. (Lihat Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, hlm. 349) oleh Syeikh al-Habib Sa`id Ba`isyn.