Skip to content

S:172 Samakan Warna Kulit Isteri Dengan Ibu

Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AM

Soalan

Adakah perbuatan saya termasuk di dalam zihar sekiranya saya mengatakan bahawa warna kulit isteri saya sama putih dengan warna kulit ibu saya? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Zihar boleh didefinisikan sebagai perkataan suami menyamakan isterinya yang belum tertalaq secara bain dengan wanita yang mahram muabbad kepadanya. (Lihat Mughni al-Muhtaj, hlm. 448).

Ia dinamakan sebagai zihar kerana merujuk kepada perbuatan yang berasal daripada perkataan suami menyamakan isteri dengan anggota belakang ibunya. Aspek penyamaan yang dibuat itu menggambarkan seolah-olah isterinya haram disetubuhi seperti mana haramnya ia menyetubuhi ibu kandungnya sendiri atau mahramnya yang lain.

Zihar juga mengikut setiap mazhab didefinisikan sebagai:

Hukum melakukan zihar adalah haram berdasarkan kepada nas al-quran dan ijmak ulama. Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَائِهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ ۖ إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلَّا اللَّائِي وَلَدْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُورًا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ

Maksudnya:Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.”

(Surah al-Mujadalah: 2)

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji (2/449-450) menyebut: Apabila suami melafazkan zihar, iaitu menyamakan isteri dengan seseorang daripada mahramnya, maka hendaklah dilihat kepada aspek yang berikut:

Berdasarkan persoalan di atas, perbuatan menyamakan warna kulit dengan mahram muabbad tersebut, tidak termasuk dalam zihar. Hal ini kerana perbandingan dan perumpamaan antara isteri dengan ibunya itu lebih kepada warna yang dianggap sebagai sifat bukan fizikal. Justeru, ia tidak dianggap sebagai zihar. Namun kami menasihati supaya dijauhkan perbuatan tersebut kerana dikhuatiri boleh menjebakkan perbuatan zihar yang jelas ditegah di dalam Islam. Kami juga menasihati supaya meninggalkan keraguan seperti itu, supaya kehidupan kita dalam mengamalkan Islam ini memperoleh ketenangan. Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin ‘Ali R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Maksudnya: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan pembohongan itu suatu yang meragukan."

Riwayat al-Tirmizi (2518)

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh 4 Januari 2022 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1443 H