Skip to content

S:287 Makmum Wanita Menegur Imam

Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AM

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah seorang wanita boleh juga bertasbih seperti orang lelaki untuk menegur imam jika beliau melakukan kesalahan di dalam solat? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, ulama bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Lihat al-Taj wa al-Iklil, 2/27; Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Autar, 2/373)

Menegur kesalahan imam dalam solat Jemaah telah disyariatkan berdasarkan sabda Rasullah SAW:

التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

Maksudnya: “Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita.”

Riwayat al-Bukhari (1203), Abu Dawud (939) dan al-Nasa’ie (1210)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Lihat Fath al-Bari, 3/77)

Sebahagian ahli ilmu ada menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. Inilah yang dinukilkan Ibn Abd al-Barr. (Lihat al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, 21/108)

Dalam menjawab persoalan ini, ulama Mazhab Syafie berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‏ التَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ ‏‏

Maksudnya: “Bertasbih untuk lelaki, dan bertepuk untuk wanita.”

Riwayat al-Bukhari (1203)

Berdasarkan hadith ini, kami nukilkan di sini beberapa pandangan ulama’, antaranya:

Penutup

Maka berdasarkan perbincangan ulama di atas, jelas menurut pendapat Mazhab Syafie, bahawa menegur imam dengan cara bertasbih hanya untuk lelaki manakala perempuan dengan cara bertepuk.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam melaksanakan syariat-Nya. Amin.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 13 Januari 2022 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1443H

[8] Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang. (Lihat pautan https://bit.ly/2FS3pyr dan http://aliftaa.jo/Question3.aspx?QuestionId=2202#.XE5-sVwzZPZ )