Tag: others
All the articles with the tag "others".
S:419 Menghidu Bau Masakan Babi
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukumnya menghidu bau masakan babi? Terima Kasih.
S:420 Memakan Daging Keldai
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memakan daging keldai? Mohon pencerahan. Terima Kasih.
S:421 Basuh Telur Ayam
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah kita mesti membasuh kulit telur ayam sebelum menyimpan atau menggunakannya dalam masakan kerana ia dianggap najis? Mohon pencerahan. Terima kasih.
S:422 Amalan-amalan ketika Minum Susu
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah di sana terdapat sunnah atau amalan-amalan yang boleh diamalkan ketika minum susu? Terima kasih.
S:423 Cium Isteri Dapat Pahala
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah benar kenyataan yang menyebut mencium isteri mendapat 10 pahala, dihapus 10 dosa dan diangkat darjatnya 10 tingkat ?
S:424 Mahram Perempuan Dengan Bapa Tiri
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah perempuan dengan bapa tirinya dikira mahram?
S:425 Aurat Bekas Mertua Dengan Bekas Menantu
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBagaimanakah hukum aurat diantara bekas ibu mentua dan bekas menantu lelakinya?
S:426 Maksud Tunang
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah yang dimaksudkan dengan khitbah atau tunang?
S:427 Adab 'Bersama' Suami dan Isteri
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah adab berasmara antara suami dan isteri? Adakah dibolehkan oral seks antara suami dan isteri? Apakah hukum suami/isteri menjilat kemaluan pasangan? Mohon maaf atas persoalan sebegini.
S:428 Niat Menerima Wakaf
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah penerima wakaf perlu berniat untuk menerima wakaf sebagaimana pemberi wakaf perlu meniatkannya? Mohon pencerahan.
S:429 Pusaka Hibah Takaful
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah pampasan hibah takaful perlu difaraidkan atau dipusakakan?
S:430 Faraid Untuk Tanah Yang Dicagar
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAbang saya pernah mencagarkan tanahnya, kemudian keluarga saya cuba bantu untuk tebus semula tanah itu. Tak lama kemudian abang saya meninggal dunia. Adakah tanah itu itu juga perlu difaraidkan?
S:431 Haji dan Umrah Melalui Virtual Reality (VR)
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBaru-baru ini kerajaan Arab Saudi melalui Pengurusan Masjid al-Haram memperkenalkan Inisiatif "Virtual Black Stone" / "الحجر الأسود الافتراضي" (Hajar al-Aswad Secara Maya) yang membolehkan Hajar al-Aswad disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya (VR) sehingga ada sesetengah orang berpandangan tidak perlu lagi pergi umrah dan haji kerana Masjid al-Haram boleh dikunjungi secara maya pada bila-bila masa sahaja dan boleh terus melakukan ibadah melalui VR tersebut. Mohon pandangan.
S:432 Memakan Ulat dalam Buah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum termakan ulat yang terdapat dalam buah? Terima Kasih.
S:433 Memakan Daging Zonkey atau Zeedonk
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Kita mengetahui bahawa daging zebra adalah halal dimakan. Oleh itu, apakah hukum haiwan hasil kacukan antara zebra dan keldai, yang biasa dikenali sebagai zeedonk atau zonkey? Terima Kasih.
S:434 Merebus Telur Ayam dengan Air Mutanajjis
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Kadang-kadang saya tidak membasuh telur terlebih dahulu sebelum merebusnya. Apabila sudah merebusnya, baru perasan ada sebahagian telur terdapat najis padanya. Justeru, apakah hukum merebus telur ayam dengan air najis dan adakah telur yang direbus itu halal dimakan? Mohon pencerahan.
S:435 Memakan Daging Anjing Laut
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memakan anjing laut? Mohon pencerahan. Terima Kasih.
S:436 Mandi dengan Air Zamzam
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum mandi menggunakan air Zamzam? Terima Kasih.
S:437 Menggunakan Sabun Susu Keldai Peliharaan
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Bolehkah kita menggunakan sabun susu keldai peliharaan, lebih-lebih lagi dalam situasi untuk merawat penyakit kulit tertentu? Mohon pencerahan. Terima Kasih.
S:438 Memakan Kuda Laut
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Ada seorang sahabat memberikan cadangan bagi pengubatan penyakit asma, iaitu dengan menumbuk kuda laut sehingga halus, lalu mencampurkannya dalam minuman. Justeru, persoalan yang timbul, apakah hukum memakan kuda laut? Terima Kasih.
S:439 Guna Peti Ais dan perkakas memasak Non-Muslim
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukumnya kita menggunakan peti ais atau perkakas-perkakas memasak yang lain, yang ditinggalkan oleh orang bukan Islam kerana kemungkinan mereka ada menyimpan arak atau daging babi dalam peti ais itu atau memasaknya dengan menggunakan perkakas tersebut? Mohon pencerahan.
S:440 Doktor Bedah Menjamakkan Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Adakah doktor perubatan yang mengendalikan pembedahan pesakit atau merawat pesakitnya boleh menjamakkan solat? Hal ini kerana terkadang tempoh melakukan pembedahan mengambil masa yang sangat lama. Mohon penjelasan.
S:441 Suami Isteri Tinggal Bersama Ketika Iddah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Seorang suami telah jatuhkan talak pada isterinya. Namun, pasangan suami isteri yang telah berpisah ini dilihat masih tinggal bersama. Adakah perkara ini dibolehkan? Mohon penjelasan.
S:442 Bacaan al-Fatihah Mualaf dalam Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Bagaimana seorang mualaf yang masih belum menghafal surah al-Fatihah ingin melakukan solat?
S:443 Kepastian Penerimaan Taubat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Saya selalu bimbang takut-takut Allah SWT tidak menerima taubat yang telah saya lakukan. Soalannya, bolehkah kita mengetahui bahawa Allah SWT telah menerima taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh? Mohon pencerahan.
S:444 Kematian Malaikat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Saya selalu bimbang takut-takut Allah SWT tidak menerima taubat yang telah saya lakukan. Soalannya, bolehkah kita mengetahui bahawa Allah SWT telah menerima taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh? Mohon pencerahan.
S:445 Menggantung Ayat al-Quran di Rumah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum jika kita menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran di rumah, atau kalimah Allah dan Muhammad? Ini kerana, ada yang menggantung ayat Quran di belakang televisyen, kemudian apabila mereka berbaring menonton TV, maka kaki mereka dihalakan kepada ayat Quran itu. Mohon pencerahan.
S:446 Pengertian Dosa Besar
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang apa yang dimaksudkan dengan dosa-dosa besar? Terima kasih.
S:447 Anak yang Menanggung Nafkah Ibu Bapa
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Berkenaan memberi nafkah terhadap ibu bapa, adakah ia terletak di bawah tanggungjawab anak lelaki atau anak perempuan?
S:448 Berhutang Untuk Melakukan Aqiqah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Saya dan isteri ingin melakukan majlis aqiqah untuk cahaya mati kami tidak lama lagi. Namun, apabila melihat kepada kos perbelanjaan majlis tersebut, kami bercadang untuk berhutang bagi menanggung separuh daripada kos majlis tersebut. Apa pandangan ustaz tentang hal ini? Adakah sah aqiqah yang dilakukan dengan cara berhutang? Mohon penjelasan.
S:449 Melihat Mushaf al-Quran Ketika Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum melihat mushaf al-Quran ketika melakukan solat, sama ada solat fardhu atau solat sunat? Adakah hanya imam sahaja yang boleh melihatnya, atau makmum juga boleh melihat mushaf? Mohon penjelasan.
S:450 Bantu Bersihkan Rumah Ibadat Bukan Islam
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah seorang Islam boleh membantu membersihkan rumah ibadah bukan Islam?
S:451 Memakan Daging Bison
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memakan daging bison? Terima Kasih.
S:452 Mencelur Ayam bagi Mencabut Bulunya
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum merebus atau mencelur ayam sebelum dikeluarkan kotoran dan najisnya? Mohon pencerahan.
S:453 Minum Susu Keldai Jinak
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum meminum susu keldai jinak? Mohon pencerahan. Terima Kasih.
S:454 Memakan Daging Kuda
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memakan daging kuda? Terima Kasih.
S:455 Susu Ibu adalah Suci
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah susu ibu itu suci atau tidak? Apakah hukumnya sekiranya ia terkena pada pakaian dan mendirikan solat dengan pakaian tersebut? Mohon pencerahan.
S:456 Syaitan Menyerupai Manusia
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBolehkah syaitan menyerupai manusia?
S:457 Dakwaan Mengetahui Perkara Ghaib
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAda individu yang mendakwa bahawa dia mengetahui perkara ghaib. Benarkah ada manusia boleh mengetahui perkara ghaib?
S:458 Ayam Berkokok Ketika Melihat Malaikat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBenarkah ayam berkokok merupakan tanda ayam melihat malaikat?
S:459 Tempikan Suara Keldai Ketika Melihat Syaitan
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBenarkah apabila keldai mengeluarkan bunyi, merupakan tanda keldai melihat syaitan?
S:460 Memakan Daging Mamot
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Saya ada terbaca dalam satu laman sesawang yang menceritakan mengenai sejenis haiwan prasejarah yang dikenali sebagai mamot. Justeru, timbul persoalan, jika ia masih ada pada masa kini, apakah hukum memakan dagingnya? Terima Kasih.
S:461 Makan Telur Mentah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Bolehkah telur ayam dimakan secara mentah-mentah? Mohon pencerahan. Terima kasih.
S:462 Memakan Temilok — Cacing Paya Bakau
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Bolehkah temilok yang dikenali juga sebagai cacing kayu bakau dimakan oleh orang Islam? Mohon pencerahan. Terima kasih.
S:463 Memberi Air Zamzam kepada Non-Muslim
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Saya ada jiran dalam kalangan orang bukan Islam dan dia agak rapat dengan saya. Jadi, baru-baru ini saya baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah dan berhajat ingin menghadiahkan sedikit air zamzam buat semua jiran saya, termasuklah yang bukan Islam. Soalannya, bolehkah saya memberi air zamzam kepada orang bukan Islam? Terima Kasih.
S:464 Makan Telur Penyu
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Halalkah telur penyu? Mohon pencerahan. Terima kasih.
S:465 Memakan Ulat Sagu — Ulat Mulong
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum makan ulat sagu, yang dikenali juga sebagai ulat mulong? Terima Kasih.
S:466 Berjunub Semasa Nikah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah sah pernikahan dalam keadaan berjunub?
S:467 Akad Nikah Satu Lafaz
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah mesti dengan satu nafas dalam akad pernikahan?
S:468 Beza Sedekah, Infaq dan Wakaf
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah beza sedekah, infaq dan wakaf?
S:469 Berhutang Untuk Membeli Barang Dapur
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah hukum membeli barangan dapur dengan berhutang dan membayarnya selepas mendapat gaji?
S:470 Belanja Makan Kerana Dapat Tender
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAdakah dibolehkan syarikat kontraktor yang mendapat tender kerajaan yang didapati secara tender terbuka untuk belanja makan kepada semua staf pejabat tersebut yang memberikan tender tersebut kepada kontraktor sebagai tanda terima kasih? Adakah ianya dikira sebagai rasuah?
S:471 Memakan Daging Arnab
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Apakah hukum daging arnab? Adakah ia tetap halal dimakan sekalipun ia memakan najisnya sendiri? Terima Kasih.
S:472 Jin dan Syaitan Dapat Melihat Aurat Manusia
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Benarkah jin dan syaitan boleh melihat aurat kita? Mohon pencerahan.
S:473 Memberi Salam Pertama Dua Kali
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah sah solat saya sekiranya saya memberi salam ke sebelah kanan dua kali kerana saya ingin memperbetulkan sebutan salam saya yang pertama yang tersilap?
S:474 Solat Jenazah tanpa Wuduk
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, ada seseorang memberitahu saya bahawa boleh mendirikan solat jenazah tanpa wuduk. Betulkah? Mohon pencerahan.
S:475 Cara Menghalang Jin dan Syaitan daripada Melihat Aurat Manusia
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Bagaimanakah cara paling mudah untuk menghalang jin dan syaitan itu daripada melihat aurat kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang memerlukan kita untuk membuka aurat kerana suatu keperluan seperti ingin buang air, menyalin pakaian dan seumpamanya? Mohon pencerahan.
S:476 Wanita Keluar Bekerja
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMManakah yang lebih afdhal, wanita keluar bekerja ataupun berada di rumah. Jika boleh, apakah dhawabitnya.
S:477 Bilangan Basuhan Ketika Berwudhu'
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBerapakah bilangan basuhan wudhu’ berdasarkan hadith Nabi SAW?
S:478 Harta Syuf'ah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah yang dimaksudkan dengan harta syuf’ah? Mohon pencerahan
S:479 Bekerja Di Kedai Serbaneka Yang Menjual Arak
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMApakah hukum berkerja di kedai serbaneka yang menjual arak sebagai pendapatan sampingan? Mohon pencerahan.
S:480 Maksud Pembaziran
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMIslam melarang membazir, apakah maksud sebenar pembaziran?
S:481 Air yang Keluar Daripada Jari-Jari Rasulullah SAW
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMBenarkah ada hadith keluar air daripada jari Rasulullah SAW dan para sahabat pernah berwudhu’ dengannya?
S:482 Doa Hidayah Kepada Orang Bukan Islam
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Bolehkah kita mendoakan kepada orang bukan Islam seperti mendoakan kepadanya agar diberi hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT? Mohon pencerahan.
S:483 Menulis Al-Quran dengan Abjad Roman/Latin
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum menulis al-Quran dengan abjad Roman atau Latin? Jika kita lihat, terdapat sebahagian orang pada zaman kini yang menulis, membaca dan ada juga menerbitkan tulisan al-Quran menggunakan tulisan Roman / Latin ini. Mohon pencerahan.
S:484 Menukar Nama Kerana Terlalu Berat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Ada seorang kanak-kanak kecil yang selalu sakit. Kemudian bapanya menukar nama tersebut kerana ada nasihat yang mengatakan bahawa nama tersebut adalah ‘terlalu berat’ dan tidak mampu ditanggung. Setelah ditukar nama tersebut, ternyata kanak-kanak tersebut tidak lagi selalu sakit seperti sebelumnya. Adakah kepercayaan seperti ini hanya kebetulan, atau mempunyai asas dalam Islam? Mohon penjelasan.
S:485 Maksud Mahram Sementara dan Hukum Berkait
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Saya selalu mendengar istilah mahram sementara. Mohon ustaz jelaskan, apakah maksud mahram sementara? Dan bagaimana kesan hukum terhadap seseorang yang ada hubungan dengan orang yang berstatus mahram sementara. Terima kasih.
S:486 Perbezaan Taufiq dan Hidayah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan apa maksud hidayah, dan apa perbezaan antara taufik dan hidayah.
S:487 Qadha’ Solat yang Tersalah Arah Kiblat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Bagaimana kedudukan solat yang telah dilakukan, namun didapati salah arah kiblatnya? Adakah solat tersebut perlu diqadha’? Mohon pencerahan.
S:488 Nabi Yusuf AS dan Wanita Yang Tertarik Padanya
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Saya terbaca satu ayat dalam Surah Yusuf berkenaan kisah Nabi Yusuf dan wanita yang tertarik kepadanya. Saya ingin tahu lebih lanjut, apakah maksud perkataan “هَمّ” yang disebut dalam surah Yusuf ayat 24 dan apa tafsiran atas perkataan tersebut?
S:489 Ancaman Memutuskan Silaturrahim
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum memutuskan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan dengan menganggap seseorang sebagai bukan daripada ahli keluarganya. Sedangkan pada hakikatnya, mereka memiliki hubungan kekeluargaan. Mohon penjelasan.
S:490 Solat dengan Pakaian Tidur
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Terdapat sebahagian orang melakukan solat dengan memakai pakaian yang sama ketika mereka tidur tanpa menukarnya terlebih dahulu. Jadi, nak tanya, apa hukum menggunakan pakaian tidur untuk melakukan solat itu?
S:491 Kasyaf Menurut al-Quran dan al-Sunnah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang kasyaf? Adakah ia pernah disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah?
S:492 Cara Sujud Syukur dan Perlukah Berwudhu’
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Bagaimana kaifiyat atau tatacara untuk melakukan sujud syukur? Adakah mereka yang ingin sujud syukur perlu ada wudhu’ dan menghadap kiblat? Mohon penjelasan.
S:493 Rambut Wanita Yang Telah Dipotong
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Bagaimana hukum bagi rambut wanita yang telah dipotong? Adakah baki rambut yang telah dipotong itu turut dikira sebagai aurat? Mohon penjelasan.
S:494 Penurunan Ayat al-Quran Terakhir
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apakah ayat al-Quran yang terakhir diturunkan? Mohon penjelasan.
S:495 Sujud atas Sejadah yang Terlalu Empuk
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Adakah sah jika seseorang solat di atas sejadah yang empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud? Mohon penjelasan.
S:496 Sembelihan Wanita
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum sembelihan wanita? Benarkah jika wanita yang menyembelih haiwan, maka tidak sah? Mohon penjelasan.
S:497 Mengebumikan Jenazah Bukan di Tempat Dia Meninggal
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum mengebumikan jenazah bukan di tempat dia meninggal dunia? Ini kerana ada yang mengatakan bahawa jenazah mesti dikebumikan di tempat di mana dia meninggal. Mohon penjelasan.
S:498 Basuh Anggota Wudhu' Lebih Tiga Kali
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum membasuh anggota wudhu’ lebih dari tiga kali? Ini kerana saya selalu melihat ada orang yang membasuh tangan atau wajahnya berkali-kali, mungkin sehingga lima kali atau lebih. Apa hukum perbuatan ini, dan adakah dibenarkan? Mohon penjelasan.
S:499 Tidur Selepas Subuh
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum tidur selepas Subuh? Bagaimana pula hukumnya terhadap pekerja yang terpaksa bekerja di pada waktu malam sehingga waktu Subuh. Mohon penjelasan.
S:500 Mencukur Bulu Kaki
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukumnya jika seseorang lelaki atau perempuan itu mencukur buku kakinya? Mohon pencerahan.
S:34 Solat Memakai Stoking Nipis
Posted on:December 9, 2023 at 07:06 AMSalam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit